Sabtu, 3 September 2011

Saudara Islam Belajar Solat

alkisah..........
seorang muallaf yang berbangsa Cina yang bernama LEE baru sahaja memeluk Islam,,,macambiasa hari demi hari LEE merasa x selesa dengan keadaannya yang tidak tahu langsungmengenai islam,,,maka dia pun bertekad untuk mempelajari islam secara mendalam sebagailangkah awal dia pun memeulakan dengan belajar solat sebab perkara yang dituntut oleh islamadalah SOLAT,,,maka LEE pun berjumpa dengan seorang sahabatnya.
"Mansur ,saya ingin minta tolong daripada kamu," pinta Lee dngn santun.
Ya,katakanlah.jika mampu tolong saya akan tolong awak," jawab Mansur , jawapan itu sedikitsebanyak mengurangkan gusaran dihati lee.
"kamu tahu saya baru masuk islam bukan?" kata Lee. "ya, alhamdulillah saya sangatgembira. kawan2 kita semua gembira dngn penghijraan kamu ini." syukurlah ,tapi saya masihmempunyai beberapa masalah."Lee terhenti disitu.

kenapa sahabat?katakanlah. jika mampu saya tolong tanpa syarat. "jika begitu kata kamu legahati saya" apa maslahnya? tanya Mansur.

"boleh kamu ajarkan saya solat?sudah sebulan saya islam namun tak sekali pun saya solat".
"Mengapa kamu tidak masuk ke kelas pengajian saudara muslim?" belumberkesempatan,susah ada waktu lapang. Nasib baik ada kamu dan kawan2 lain. Boleh sayabelajar daripada kamu semua."
"itu ginanya kawan" mereka berdua tersenyum.
jadi bagaimana, boleh atau tidak ajarkan saya solat? kalau boleh ajarkan al-quran sekalipinta Lee sekali lagi.

"Boleh insya-Allah.Malam ni kamu datang rumah saya,pakai elok2 tutup aurat." pesan Mansur.
"kita hendak kemana?"
"Adalah jangan kamu banyak soal."
okelah kalau begitu dalam pukul tujuh begitu saya sampai ya"
"Bagus"
hampir jam tujuh petang,kedengaran suara memeberi salam dari luar rumah Mansur,
Assalamuaikum.diulang2 dngn nyaring.Emak Mansur keluar dan melihat Lee terpacak di depanpintu pagar rumanya.

"Ya Allah,wa'alikumussalam, ingatkan siapa tadi,jemput naik keumah."
"Maaf Mak cik, saya janji hendak jumpa Mansur petang ni. Hendak belajar solatdaripadanya."Alhamdulillah baguslah kalau begitu . Kamu duduk di sini dulu, makcik masukkejutkan Mansur.
Lee senyum, sebenarnya dia tahu tabiat Mansur tidur selepas asar. Mansur bangun malas2.
"kamu sudah sampai rupanya, sudah pukul berapa sekarang?"
"pikil tujuh lebih,"jawab Lee. kamu duduk sekejap saya mandi dan siapkan diri dahulu."

dalam hati Lee terdetik seketika, "susah juga mau belajar solat. Tidak mengapa aki harus sabar, Tuhan sayang orang yang sabar."
Azan Maghrib berkumandang. Mansur sudah siap berbaju melayu berkain palikatn danberkopiah.Lee sedikit pelik.Dia bertanya "kemana"?

"Kemana lagi kemesjidlah. Di sana kamu akan belajar cara bersolat. Marilah!"
"Baik!"
Sampai dimesjid, kebetulan bilal sudah iqamah. Dalam keadaan yang singkat itu Mansur hanyasempat berpesan kepada lee.

"Katanya," Itu adalah tempat imam," sambil menunjukkan mihrab, kamu hanya perlu mengikutsetiap pergerakan imam."

"belumpun sempat Mansur menghabiskan kata2nya , Lee yang teruja terus sahaja maju danduduk disaf paling hadapan, betul2 dibelakang imam.

Hati Mansur berdebar,"Alamak, kacau kalau begini."

solat sudah bermula.Takbir iamam diikuti dengan baik oleh Lee.

Menjadi kebetulan pada hari itu, budak yang paling nakal dikampung telah dipaksa olehemaknya pergi ke masjid. Dia bosan dengan leteran Emaknya terpaksa mengikut perintah.

"Nampaknya, orang Cina itu seperti baharu masuk islam. Tengok sahaja kain pelikatnya, amatkelakar sekali," kata budak itu kepada kawanya.

"Ya apa kata kita kacau dia?" saran kawanya itu.
"Bagus idea kamu."
Budak berdua itu pergi berdiri dibelakang Lee,
Imam yang baharu sahaja membaca surah lazim kemudian bertakbir seterusnya rukuk. Saat inidua orang budak nakal telah menarik kain Lee dengan kuat sekali. Disebabkan ikatan kain tidakkemas, maka ia terurai.

Lee berkata dalam hati, " Macam inikah solat? Mengikut kata Mansur ikut sahaja apa yang orang lakukan."

Tatkala itu Lee pun Mendepakan tangannya dan menyentap keras kain imam yang beradadidepanya. sentapan pertama tidak berhasil kerana kilasan kain pelikat imam amat kemassekaliu.

"Ini tidak boleh jadi. Aku mesti tarik lebih kuat lagi," getus Lee dalam hati. kali ini diamenyentap sepenuh tenaga, dan terlucutlah kain imam.

Imam yang dari tadi sudah tidak merasa selesa dengan gangguan itu sedang menahan marah. Namun sentakan kedua yang melondehkan kainnya hingga ke bawah menyebabkan ia hilangsabar.

Dia lantas mengangkat kaki kanan dan menendang Lee tepat ke muka.

"Aduh!" Lee mengaduh. "Sakitnya! Ganasnya cara solat. Tidak aku sangka hingga ditendangdan berdarah hidung aku, aku mesti melakukan perkara yang sama, " Lurus Lee berfikir.

Dia lantas mengangkat kaki dan menendang-nendang sebanyak dua kali sekuat hati.

Budak 2 nakal menerima habuan dengan sebiji tendangan kuda daripada Lee yang tidak merekasangka. Akibatnya kedua mereka patah hidung dan berdarah.

Mereka menangis dengan kuat sekali.
Akhirnya solat jemaah Maghrib itu batal.

Lee yang kepeningan jatuh tersembam dan mamai. Dibelakangnya kedua-dua budak nakal itujuga tertiarap sambil mengerang kesakitan.

Mansur datang mendapatkan Lee yang hampir pengsan. Terdengar suara Lee terketar-ketar. "Ma....masya-Allah ....sa....sakitnya solat.... ."

Mansur rasa bersalah!


pengajaran

islam itu mudah, maka permudahkanlah urusanya, jangan disulitkan. Namun tidak pula bermaksud boleh mempermudahkan ajaran islam itu.

-penting bagi saudara baharu mendapat kefahaman bahawa islam bukan agama susah difahami dan dipraktikkan. Menjadi tugas umat islam untuk membantu mempermudahkan kefahaman tentang islam buat golongan saudara baharu ini.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen jangan x comen hehe