selamat datang

Jumaat, 19 Ogos 2011

KHATAM AL_QURAAN


Alhamdulillah satu lagi program telah berlangsung di PSP iaitu majlis khatam alquran peringkat politeknik seberang perai anjuran PUSPANITA (JPA) & JPPI .....inilah first time selama hidup saya mengikuti majlis khatam al-quran (tersenyum) , sebelum khatam alquraan suatu pembacaan alquraan telah dilaksanankan secara beramai-ramai yang terdiri daripada beberapa kumpulan,masing-masing kumpulan telah dibagi juzuk yang hendak dibaca,,,,ha kebetulan sya satu kumpulan dengan pensyarah jp terasa seronok pula boleh tadarus bersama dengan pensyarah sambil-sambil memperbaiki bacaan yang sememangnya sangat lemah,,banyak bcaan saya tdi kena tegur sebab tersalah baca,,,maklumlah terasa begegar pula membaca depan pensyarah padahal dorang okey ja sebenarnya, tapi perasaan tu kan kadang-kadang lain daripada yang lain pelik betul...( tersenyum) saya juga bersyukur kerana teguran tersebut ingatkan selama ini bacaan saya OK rupanya KO kena perbanyakkan lagi lh latihan selepas ini.....disini saya juga ingin menyeru kepada sahabat2 sekalian marilah kita memperbetulkan bacaan alquran,,,bagi yang xpandai membaca berusahalah jangn lah merendah diri sangat,,dan jangan malu untuk belajar dan juga jgan jadi bodoh sombong maksudnya sudahlah xtaw baca xnak pula tu belajar itulah yang saya maksudkan ,,,terimah kasih kepada penganjur dan pensyarah pendidik.......

P/S : ana minta maaf sekiranya dalam penulisanku ini ada pihak yang merasa tersinggung,ana cuma makhluk biasa yang sememangnya xterlepas daripada kesilapan,,,,,,,

Khamis, 18 Ogos 2011

TIba-Tiba

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:'jika bulan ramadhan tiba,pintu-pintu syurga dibuka,sedangkan pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan pun dibelenggu."(Riwayat albukhari dan muslim).
mungkin berkat syaitan yang dirantai, maka ramai manusia berwajah iman.topeng syaitan ditinggalkan seketika,apabila mereka berwajahkan iman sepanjang ramadhan,maka apa yng terjadi adalah ibadah yang mengejut.

tiba-tiba ibadah digandakan
tiba-tiba bangun qiamullail
Tiba-tiba tahap kesabaran meningkat
tiba-tiba segala yang LAGHA itu semua ditinggalakan
dan maca-macam lagi.
Okey, tidak mengapa seandainya ibadah sepanjang ramadhan dilakukan secara mengejut,tidak mengapa kalau malaikat raqib sibuk sedikit dan Atib pula tidak disibukkan untuk merekod amalan buruk seseorang.Alhamdulillah jika itu yang berlaku sepanjang ramadan.
Namun jangan ulangi kejutan berupa"tiba-tiba"itu seawal hari pertama GRADUATE dari madrasah ramadan.

tiba-tiba banyak makan.
tiba-tiba mendedahkan aurat.
tiba-tiba terlupa dimana Alquran
tiba-tiba meninggalakan amalan solat-solat sunat
yang sepanajang ramadan dikerjakan seolah-olah wajib
tiba-tiba memulakan semua agenda LAGHA.

apakah semua ini?adakah ini suatu perbuatan membalas dendam?Balas dendam kepada siapa pula ini ?
tidak mengapa tiba-tiba mngerjakan amalan ibadahseolah-olah esok sudah tiada.
Namun adalah suatu yang tidak patut jika tiba-tiba"bertanduk" sebaik takbir syawal bergema.koreksilah diri .Apa niat utama kita berpuasa sebulan? adakah sekadar ingin berpusa dan fokus kepada ibadah hanya dalam tempoh sebulan sahaja?Apakah ibadah sepanjang bulan ramadan dapat menebus semua kealpaan kita daripada mengingati Allah selama 11 bulan berbaki???????????????














Sabtu, 13 Ogos 2011

ALHAMDULILLAH .............

Alhamdulillah selesai sudah aku mengedit blog ini, walaupun kna luang banyak masa tpi masih banyak lagi benda yang aku kena belajar mengenai reka bentuk blog, emh maklumlah aku kena belajar sendiri,,walaumacamna pn terimah kasih kepada ILI kharunnissa ( nama yng indah) kerana telah mengajar aku untuk bwt blog,,,,tpi bla lgi ar kmu bley ajar aku, banyak lagi nie kekurangan yng ada dalam blo nie,,,tpi xpa ada jodoh jumpalah nti kta,,,,,mudah-mudahan dengan adanya blog nie aku boleh menambah ilmu dan menyampaikannya,,,,,yaALLAh permudahkanlah aku untuk menulis perkara-perkara yang baik lgi berfaedah untuk diriku dan orang lain....Amin

Khamis, 11 Ogos 2011

alkisah

haa...ari nie q balik awal bb kelas telah dianjak lbh awal dari biasanya,,,ari nie jga ada kuiz BF tapi entah jwb apa tdi pn x taw sebenarnya soalan2 senang cuma xda rezeki kali kot ( ckp seorng sahbiah),,,,,,bkn2 sebenanya yang q maw cerita tapi q nak cite pasal perubahan yng sangat saya rasa semester nie dimana kwan2 yang biasanya saya rapat dan sama fikrah dengan saya telah menjauh entah knapa q pn xpasti tpi mungkin ini punca daripada saya sendiri,sebenarnya bkan q mau jauhkan diri daripada kmu tapi keadaanku yang x mengizinkan yang membutkan q terpaksa berbuat demikian,,,,q minta maaf sekiranya kelakuanku ini menyinggung perasaan sahabat sekalian, tapi q masih bertanya-tanya kenapa kamu xnak tegur ,q perlukan teguran daripada kamu ,,,,q da jahat sangatkah,sehingga kelakuanku membutkan kmu menyampah,,,q betul-betul minta maaf sekiranya memang begitu,,,,biasanya keadaan nie selalu kita lalui kn tpi adakah kita bermuhasabah diri @ kh kita menyalahkn kwn kita ,,,,,fikir-fikirkanlah...........

Sabtu, 6 Ogos 2011

RAMADHAN OH RAMADHAN..

MUHASABAH RAMADHAN
Hari raya hari kemenangan
hari kesyukuran dilimpah .
Dilipati seni mehnah Ilahi
Apa maksud murni ynag lebih hakiki.

pada nafsu yng dilentur lepas dahaga
Pada fikiran disinar wahyu dan sabda
Pada hari bersih disolat Tarawih
Apakah semunaya telah dimiliki.

puasa mengajar erti ketabahan
menghadap ujian berlandaskan iman
puasa perisai ynag sangat maknawi
penyingkap hjab antara hamba dengan ilahi

puasa Sempurna menahan rohani dan rasa
puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
puasa biasa hanya menahan lapar dan dahaga
lalu dimanakah puasa kitta
Adakah masih ditahap lama

lalu muhasabah dihujung ramadhan
sudahkah terbangun jiwa teguh dan kukuh
Atau kolam jiwa masih tercemar keruh
Bersembilu dosa duri angkara

ketika bertahmid,bertakbir,bertasbih
tersakah kita hamba ilahi
yang hanya mampu mengukir tadbir
Sedangkan pada-Nya segala takdir


Jumaat, 25 Februari 2011

antara Anjing Dan AWek Cun

Lembu: Hai anjing , apa habaq? Macam ada yg x kene je?

ANJING: Aku tengah tension nih.Mau ja q gigit mnusia tadi.

LEMBU : Eh, KEnapa?

ANJING : Aku lalu tepi dua org manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba c leleki terperanjat dan terus melompat dan kerkata " Hoi Anjing, pergi jauh-Jauh NAJIS !".

LEMBU : Ya lah. Ko kan HARAM.Najis tahap berat bagi manusia .Biasalah tu....

ANJING: Klau q najis sekali pon,kalau dia sentuh q , bley lgi disamak . yng dia sentuh dan RABA-raba AWek dia tu apa? Bleh Ke nak samak DOSA?

LEMBU : Batul tu.Memegang wanita yng bukan Mahram tanpa ikatan yng sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko Anjing, malah tak boleh suci sekalipon disamak.

ANJING : Wah ...ayat ko memang Power la.......manusia kena ubah pepatah "pandai macam LEMBU"

p/s:

sedikit penjelasan:
daripada satu hadis yng diriwayatkan daripada ibnu Majah menyatakan bahawa " Bergomolan dngn BAbi ( khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dngn bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yng bukan mahram". bersentuhan dngn segaja dan apatah lagi bertujuan syahwat adalah berdosa dan wajib bertaubat bagi membersihkan dosa. sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci bukan bertaubat.menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan(dosa) atau maksiat. Tetapi menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yng lain yng maksudnya, "Sesungguhnya kepala yng ditusuk dngn besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yng bukan sejenis yng tidak halal baginya". ( Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi)

"katakanlah lagi kepadanya: adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui ? sesungguhnya orang-orang yng dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna". (Surah Zumar:9)

Jumaat, 28 Januari 2011

DOA

Sesungguhnya Engkau tahu

Bahawa Hati-hati ini berpadu

berhimpun dalam naungan cintamu

bertemu dalam ketaatan

bersatu dalam perjuangan

menegakkan syariat dalam kehidupan


kuatkanlah ikatanya

kekalkanlah cintanya

tunjukilah jalan-jalanya

terangilah dengan cahayamu yang tidak pernah padam

ya rabbi bimbinglah kami


lapangkanlah diri kami dengan karunia iman

dan indahnya tawakkal padamu

hidupkan ma'rifatmu

matikan dalam syahid dijalanmu

engkaulah pelindung dan pembela