selamat datang

Khamis, 25 Ogos 2011

Ikhtibar daripada Sebatang pensel

Assalamualikum pembuka bicara,,,,,alhamdulillah syukur kepda ALLAH S.W.T. atas nikmat yang diberikan kepda hamba-hambanya,,,,,diatas kesempatan nie ana nak berkongsi sebuah cerita yang dapat diambil sebagai ikhtibar daripada kalangan pembaca,,,,,,cite nia ana petik daripada sebuah majalah solusi yang bagi ana tajuk nie sangat menarik citer dia macam nie

Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis." Apa ibu sedang tulis?Ibu menulis tentang siapa?Atau pengalaman Ibu?" " ibu menulis tentang diri kamu,tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensel nie." (sambil menunjukkan pensel yang dimaksudkan) "Apa yang istimewa tentang pensel nie?" tanya si anak."ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel,ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu? " Ya Ibu."

PERTAMA: pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini . Jangan lupa ibarat pensel,ada tangan yang memegangnya .Maka ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu ALALAH S.W.T. dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.

KEDUA:ketika menulis pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut,tetapi hasilnya dia akan menjadi tajam dan bagus tulisanya.Begitu juga kan berlaku dalam hidup kita. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik .

KETIGA:Pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah, Namun kita boleh memadamkan dan memebetulkan tulisan ini semula. Begitulah yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup ini. ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memeperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada dijalan yang benar.

KEEMPAT:tahukah anak ibu mana yang lebih penting; luar atau isi pensel ini? Sudah tentu arang atau karbon didalamnya.Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yng tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.

KELIMA: pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat pasti akan meninggalkan pada diri atau pada orang lain. Ibu berharap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.

inilah antara kata-kata yang baik untuk si anak membawa prinsip yang positif . Wahai ibu bapa,jangan berputus asa. APa sahaja kata-kata semangat yang kita ulang-ulangkan kepada anak-anak (walaunampak mereka tidak mengendahkan) pasti akan memberi bekas dalam jiwa mereka. Ulang-ulangkanlah.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen jangan x comen hehe